Cabaran
Dunia
diuji dengan kecanggihan teknologi tinggi pada zaman ini. Tanpa kita sedar
kecanggihan teknologi membawa kepada permasalahan kepada dunia. Namun
seringkali kita dengar hanya memperaksikan kemewahan dan kecanggihan inovasi
baru membawa keuntungan malah ada rakyat yang memperkasakan industri revolusi
4.0 akan tetapi kelemahan yang terdapat pada kecanggihan teknologi tersebut
seiring dengan dengan kebaikan kepada sesetengah kelompok masyarakat.
Pada awal penglibatan penggunaan
teknologi IR 4.0 ini memerlukan ramai tenaga manusia untuk mengubah cara mereka
berkerja namun lama kelamaan tenaga manusia yang diperlukan akan dikurangkan
kerana dengan adanya kecanggihan teknologi baru dalam sesebuah syarikat
menggunakan robot dan mesin. Serta berlaku perubahan yang melonjak naik dari
segi sektor perindustrian dan perkhidmatan. Menurut Mazlan pada tahun 2017
menyatakan manusia akan kehilangan pekerjaan dari khususnya dari sektor
pengilangan kerana tugas sebenar telah digantikan dengan tenaga robotik.
Justeru, pada hari ini juga telah
melihatkan bahawa kebanyakan tugas utama manusia telah diambil alih oleh
automobil seperti perkhidmatan, telemarketing, broker hartanah dan dari segi
perkhidmatan grab yang menjadi punca pendapatan sesetengah pekerja (Mohamed
Ali, Ayu Nor Azilah & Nur Azlan Sham, 2018). Contohnya pekerjaan yang
menarik perhatian pada zaman ini adalah perkhidmatan Grab. Ini kerana
perkhidmatan ini ditubuhkan dengan adanya perisian aplikasi untuk mendapatkan
perkhidmatan dengan lebih mudah dan pantas. Dengan adanya kemunculan telefon
pintar, kad pintar dan sebagainya dapat mewujudkan sistem pintar yang mendapat
tempat diseluruh dunia contohnya Industri Revolusi 4.0 seperti Artificial Intelligence
(AI), robotik, genetik, cetakan 3D. Kemunculan kilang pintar yang mana robotik
dan internet digantikan dengan keupayaan kerja manusia.
Cabaran ke dua adalah dari aspek
pembangunan sumber manusia dan aspek latihan dalam sektor swasta dan kerajaan.
Dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan kurangnya kesedaran tentang
kepentingan terhadap aspek tersebut menyebabkan berlakunya penyusutan moral dan
motivasi, peningkatan pusing ganti pekerja dan masalah tidak puas hati dalam
sesebuah sistem organisasi penjawat awam mahupun swasta, menurut Zafir, Fazilah
dan Helmi, 2018). Dalam kajian yang dilakukan ini menyumbang kepada dua
perspektif. Pertama, latihan yang diberikan adalah untuk mengisi jurang
pekerjaan bagi yang berkemahiran rendah sebagai fokus utama. Disebabkan oleh
golongan berkemahiran rendah di negara ini sering dilabelkan daripada golongan
isi rumah yang berpendapatan rendah iaitu terdiiri daripada golongan B40.
Kedua, isu yang ingin dicetuskan dalam menjadikan negara sebagai pembangunan
mampan serta bertepatan dengan langkah pembangunan negara maka kerajaan
memudahkan akses bagi perkhidmatan internet kepada semua penduduk supaya mereka
mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT.
Perkara ini dapat dibendung untuk cabaran mereka yang menghadapi Industri
Revolusi 4.0 di tempat kerja, supaya mereka terus kekal berpengatahuan dan
berkemahiran dalam ICT sebagai tenaga kerja yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment