Saturday, February 25, 2023

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

 Kebaikan dan Keburukan

 Kebaikan Revolusi Industri 4.0 :

Mengoptimum pengeluaran melalui Kilang Pintar

Ø  kilang pintar dapat menggabungkan data secara fizikal , operasi dan sumber manusia untuk memacu sektor pembuatan, pendigitalan operasi dan sebagainya. Penapisan pintar juga dikenali sebagai sistem penapisan yang beroperasi melalui fleksibiliti yang memenuhi kekurangan keperluan baharu. Lalu ia menghasilkan satu sistem yang cekap dan tangkas serta menghasilkan output dalam masa yang singkat serta mengubahsuai sesuatu rekaan yang menarik.

Mengubahsuai pasaran untuk menjadi lebih kuat dan sentiasa menggutamakan pelanggan untuk memenuhi permintaan supaya menjadi lebih pantas dan berjalan dengan lancar

Ø  komunikasi yang berlaku secara langsung antara pelanggan dan pengilang menyebabkan penerimaan dan penghantaran berjalan dengan lancar. Apabila pengeluaran menjadi lebih banyak maka pengguna mendapati akan lebih banyak pilihan yang boleh dibuat dipasaran oleh pembekal.

Mendapati pelbagai ruang disiplin ilmu kerana wujudnya ruang penyelidakan baharu

Ø  pelbagai latihan serta pembangunan sumber manusia telah ditingkatkan bagi memuaskan permintaan pelanggan bagi meningkatkan kemahiran baharu dan pengetahuan dalam bidang pekerjaan.

4.1.4        Melahirkan negara pintar melalui Kerajaan Digital

Ø  Kesemua negara telah berkerjasama untuk bersama-sama dalam menjalankan prinsip 4.0 dan Kerajaan Digital.


Keburukan Revolusi Industri 4.0 :

Keselamatan

Ø  Siasatan perlu dilakukan terhadap kebocoran siber dalam isu keselamatan dan kecurian info dalam talian. Ini menandakan keselamatan siber masih belum diperketatkan.

Modal

Ø  Jika pelaburan yang dibuat oleh sesebuah syarikat adalah modal yang terhad dalam memberikan komitmen terhadap usaha membina loT, pengkomputeran awan dan sebagainya.

Pekerjaan

Ø  Kekurangan tenaga kerja mahir sekiranya sesebuah syarikat hanya bergantung pada kemajuan teknologi sahaja. Ini kerana sesebuah syarikat akan bergantung kepada kuasa robotik , lalu pekerja yang tiada kemahiran dan pengetahuan serta merta dibuang kerja atau pun tiada kenaikan gaji tahunan.

Kerahsiaan

Ø  Rahsia dalam sesebuah syarikat tidk selamat kerana segala maklumat peribadi atau komersial telah didedahkan kepada mereka yang berkepentingan.




No comments:

Definisi Teknologi Baharu Dalam Industri Revolusi 4.0

Pengenalan Industri Revolusi 4.0