Pengenalan
Revolusi industri (RI) disebut juga sebagai
revolusi digital. Pada era ini negara kita amat bergantung kepada teknologi
moden yang telah diperkenalkan dari zaman RI ketiga. Hal-hal yang berkaitan
Revolusi Industri ini saling berkaitan. Pertama, perkara yang menyebabkan
inovasi ini apabila data dapat dikembangkan dan dapat disebarkan dengan lebih
cepat daripada sebelumnya. Kedua, apabila output daripada penggunaan Revolusi Industri
ini meningkat. Perubahan ini bukan saja pada sesetengah bahagian dalam
penyimpanan data, malah juga tersebar luas pada perubahan seluruh sistem
produksi dan pengurusan. Ketiga, kesan daripada Revolusi Industri ini akan
berlakunya perubahan pada setiap bidang ekonomi dan mempunyai kesan yang besar
pada peringkat globalisasi.
Revolusi Industri 4.0 ini berpotensi untuk
memajukan individu dan masyarakat dalam sesebuah negara. Ini kerana terdapat
kelebihan yang akan diperolehi dalam negara tersebut seperti, mewujudkan
peluang baharu dalam membentuk sesebuah ekonomi negara, perkembangan peribadi
seseorang dan juga dari segi sosial. Boleh juga terjadi sebaliknya apabila
risiko keselamatan yang baru akan menyebabkan terpinggir dan terbantutnya
perkembangan teknologi sesetengah kakitangan dalam sesebuah syarikat apabila
mereka terlalu merebutkan peluang dan jawatan yang ada tanpa berhati-hati dalam
meningkatkan kemahiran teknologi baharu.
No comments:
Post a Comment