Keselamatan Siber (Siber security)
Pada era teknologi pengkomputeran yang semakin
canggih, terdapat juga ancaman dari segi keselamatan yang mengancam kepada
pengguna apabila detail-detail peribadi seseorang pengguna tidak lagi menjadi
kerahsiaan kepada pengguna lain. Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
menyatakan pada tahun 2018 bahawa keselamatan dapat ditakrifkan sebagai ancaman
dan risiko yang tidak dapat diterima apabila diperkatakan keadaan tersebut
adalah bebas. Kawalan keselamatan pula
ialah kaedah atau pun proses yang dilakukan secara perperingkat serta
berterusan bagi menjamin keselamatan info yang terdedah terhadap ancaman
tersebut (Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 2018).
Justeru, menurut Pitchan et al pada tahun 2017
keselamatan siber telah membawa maksud sebagai cara bagaimana pengguna internet
menggunakan saluran internet secara selamat dan positif daripada ancaman siber yang semakin
berleluasa. Terdapat beberapa keburukan terhadap ancaman siber apabila
kandungan internet yang tiada batasan menyebabkan kesan terlalu dalam pada
individu yang menggunakan internet contohnya internet bersifat pornografi
ataupun lucah, perjudian, penderaan kanak-kanak, perjudian dan buli siber yang
semkin menjdi-jadi. Mat Razali
menyatakan pada tahun 201, keselamatan siber menyumbang kepada ledakan
maklumat tanpa sempadan yang digunakan secara meluas kerana menjimatkan kos
serta dipenuhi dengan fenomen internet of things dan data raya iaitu big
data.
Masyarakat pada zaman ini terikat dengan
teknologi moden contohnya internet dan televisyen yang dipengaruhi dengan
ideologi budaya dari generasi ke generasi lain. Menurut Rezki et. Al (2009),
Tidak semua kebaikan disebalik kelebihan dunia tanpa sempadan ini, sebaliknya
mempunyai keburukan yang mengundang perdebatan terutamanya dalam isu
keselamatan siber. Filem juga merupakan salah satu pengaruh dalam medium
teknologi moden yang mempengaruhi keselamatan siber. Di bawah terdapat beberapa
ciri-ciri keselamatan siber yang dapat dikongsi:-
No comments:
Post a Comment