Wednesday, March 15, 2023

Cabaran Revolusi Industri 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (Pembuatan / pengilang) dan sektor kerajaan di Malaysia

 Cabaran

Dunia diuji dengan kecanggihan teknologi tinggi pada zaman ini. Tanpa kita sedar kecanggihan teknologi membawa kepada permasalahan kepada dunia. Namun seringkali kita dengar hanya memperaksikan kemewahan dan kecanggihan inovasi baru membawa keuntungan malah ada rakyat yang memperkasakan industri revolusi 4.0 akan tetapi kelemahan yang terdapat pada kecanggihan teknologi tersebut seiring dengan dengan kebaikan kepada sesetengah kelompok masyarakat.

          Pada awal penglibatan penggunaan teknologi IR 4.0 ini memerlukan ramai tenaga manusia untuk mengubah cara mereka berkerja namun lama kelamaan tenaga manusia yang diperlukan akan dikurangkan kerana dengan adanya kecanggihan teknologi baru dalam sesebuah syarikat menggunakan robot dan mesin. Serta berlaku perubahan yang melonjak naik dari segi sektor perindustrian dan perkhidmatan. Menurut Mazlan pada tahun 2017 menyatakan manusia akan kehilangan pekerjaan dari khususnya dari sektor pengilangan kerana tugas sebenar telah digantikan dengan tenaga robotik.

          Justeru, pada hari ini juga telah melihatkan bahawa kebanyakan tugas utama manusia telah diambil alih oleh automobil seperti perkhidmatan, telemarketing, broker hartanah dan dari segi perkhidmatan grab yang menjadi punca pendapatan sesetengah pekerja (Mohamed Ali, Ayu Nor Azilah & Nur Azlan Sham, 2018). Contohnya pekerjaan yang menarik perhatian pada zaman ini adalah perkhidmatan Grab. Ini kerana perkhidmatan ini ditubuhkan dengan adanya perisian aplikasi untuk mendapatkan perkhidmatan dengan lebih mudah dan pantas. Dengan adanya kemunculan telefon pintar, kad pintar dan sebagainya dapat mewujudkan sistem pintar yang mendapat tempat diseluruh dunia contohnya Industri Revolusi 4.0 seperti Artificial Intelligence (AI), robotik, genetik, cetakan 3D. Kemunculan kilang pintar yang mana robotik dan internet digantikan dengan keupayaan kerja manusia.

          Cabaran ke dua adalah dari aspek pembangunan sumber manusia dan aspek latihan dalam sektor swasta dan kerajaan. Dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan kurangnya kesedaran tentang kepentingan terhadap aspek tersebut menyebabkan berlakunya penyusutan moral dan motivasi, peningkatan pusing ganti pekerja dan masalah tidak puas hati dalam sesebuah sistem organisasi penjawat awam mahupun swasta, menurut Zafir, Fazilah dan Helmi, 2018). Dalam kajian yang dilakukan ini menyumbang kepada dua perspektif. Pertama, latihan yang diberikan adalah untuk mengisi jurang pekerjaan bagi yang berkemahiran rendah sebagai fokus utama. Disebabkan oleh golongan berkemahiran rendah di negara ini sering dilabelkan daripada golongan isi rumah yang berpendapatan rendah iaitu terdiiri daripada golongan B40. Kedua, isu yang ingin dicetuskan dalam menjadikan negara sebagai pembangunan mampan serta bertepatan dengan langkah pembangunan negara maka kerajaan memudahkan akses bagi perkhidmatan internet kepada semua penduduk supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT. Perkara ini dapat dibendung untuk cabaran mereka yang menghadapi Industri Revolusi 4.0 di tempat kerja, supaya mereka terus kekal berpengatahuan dan berkemahiran dalam ICT sebagai tenaga kerja yang diperlukan.



c

Definisi Teknologi Baharu Dalam Industri Revolusi 4.0

Pengenalan Industri Revolusi 4.0